Analisis Teknikal: S&P 500 – 20 Feb 2017

Salam.

Semenjak dari kemenangn Trump di dalam pemilihan Presiden US tahun lalu sehinggalah sekarang, S&P telah mencatatkan rekod harga tertinggi. Yang terkini, harga tertinggi nya ialah pada 2353.22. Sebarang retrace atau pullback dari price di lihat sebagai satu peluang untuk membeli lagi.

Sebagai contoh, chart H4 di atas kelihatan telah bounce dari paras support 2339 dan sedang menuju ke paras tertinggi 2353. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka rekod tertinggi lagi akan dicatatkan oleh S&P.

Namun sekiranya paras 2353 berjaya bertahan, dan price kembali retreat ke paras support 2339, maka ianya akan bertindak menjadi paras neckline. Jika paras neckline ini berjaya di pecahkan, maka kita akan pihat double top pattern terbentuk di chart ini. Dan target kita seterusnya adalah pada paras 2325.

Sehingga kini, Trump adalah faktor utama kenaikan pasaran ekuiti. Tetapi adakah ianya akan bertahan lama? Kita tunggu, lihat dan trade!