Pullback di gold dan silver

Jika anda bullish di gold dan silver, saya yakin pullback ini adalah sesuatu yang anda nantikan.

Ya, memang ada kekuatan dari USD index tetapi saya berpendapat ianya bersifat sementara.

Faktor fundamental seperti ;

  • market Asian dan Chinese yang agak slow di sebabkan oleh perayaan Chinese New Year
  • Kesudian Presiden Trump untuk berjumpa dan makan malam bersama dengan Fed Chairman, Jerome Powell dan Treasury Secretary Steve Mnuchin dilihat sebagai satu perkara yang positif (ada ura-ura yang mengatakn Trump ingin memecat Powell sebelum ini).
  • Positive progres dari US-China trade relations.
  • Market oil yang sedikit menurun juga membantu pullback dari gold dan silver (outside factor)

Atas faktor-faktor di atas, saya merasakan yang penurunan di dalam harga gold dan silver ini adalah bersifat sementara dan saya masih lagi bullish untuk kedua-dua precious metal ini.

Menghampiri Parliament Brexit Vote

Salam.

Pada hari Selasa ini, akan ada news besar dari UK yang mana ianya berkaitan dengan Brexit. Saya jangkakan kedua-dua pair ini; GBPUSD dan EURGBP akan menghadapi impak yang sangat besar.

Jika anda dapati knowledge yang saya kongsikan ini berguna, sila subscribe di youtube channel saya.

Terima kasih.

 

NZDJPY – 27 Sept 2018

Salam semua.

Saya mulakan dengan daily chart pair NZDJPY.

Kita dapat lihat dengan jelas terdapat satu shooting star pattern di pair ini. Jika anda menggunakan setup #3 SCS, saya pasti anda telah short ketika ini. Apa itu setup #3? Anda boleh download SCS di bahagian depan website ini ye.

Tapi jika anda terlepas, sebenarnya terdapat satu lagi peluang untuk sell short. Tapi di bukan di Daily ye. Ianya boleh di lihat di H4.

Jika anda perhatikan, price sekarang berada di area support 74.80 Jika price berjaya memecahkan support ini, ada kebarangkalian kita akan melihat double top pattern terbentuk.

Price target dari double top pattern ini terletak di support 3 pivot atau di area 74.10.

Namun sekiranya price bounce dari area support ini, maka kebarangkalian price akan cuba mencabar resistance 75.00 dan seterusnya 75.50.

Happy piping semua!