Analisis Teknikal: USDJPY – 5 Julai 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan harga di pair ini, kelihatan buyer sedang menguasai pasaran dengan resistance terdekat terletak pada area 113.80. Jika area ini berjaya di pecahkan (breakout), maka next resistance terletak pada 114.25; yang mana pertama kali menjadi area resistance pada 10 Mei 2017. Ini merupakan satu area resistance yang kuat.

Namun jika kenaikan petang ini bersifat sementara, ada kemungkinan price akan retrace semula ke area 112.80/85. Di sini term ‘change of polarity’ ( resistance menjadi support) di aplikasikan dengan baik sekali.

Jika area support ini break, maka next support terletak pada 111.80.

Saya bias bullish untuk pair ini. Sekurang-kurangnya sehingga price ke resistance area 114.25.

Analisis Teknikal: Oil – 22 Feb 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan harga semasa, oil yang sekarang berada di dalam sideways sedang bersedia untuk melakukan bullish breakout. Faktor fundamental di lihat menjadi pendorong utama kepada breakout ini. Selain itu, momentum indikator seperti MACD juga jelas menyokong pergerakan ini.

Paras high 55.22 yang di catatkan pada 3 Jan 2017 di lihat menjadi resistance pertama kepada oil untuk keluar dari range ini. Jika ianya berjaya di pecahkan, next resistance terletak pada 56.49, iaitu harga low satu hammer pattern yang di catatkan pada 28 Mei 2015,

Jika paras itu berjaya di pecahkan, maka seterusnya harga oil akan mula mengintai untuk memasuki zon 60 per barrel, sesuatu yang kali terakhir di lakukan sekitar bulan April – Julan 2017.

Oleh kerana faktor fundamental menjadi penggerak utama kepada oil sekarang, maka jika anda berhajat untuk trade, make sure anda mempunyai fundamental knowledge yg kuat untuk komoditi ini.

Happy pipping!