Analisis Teknikal: EURUSD – 9 Jun 2017

Salam.

Secara teknikalnya saya melihat ada satu bearish divergence signal di daily TF di pair EURUSD ini. Resistance area terletak di paras 1.1250/80. Jika price berjaya stay di bawah resistance area ini, saya berpendapat price mampu untuk turun lebih rendah lagi.

Near support terletak pada area 1.1100. Jika paras ini berjaya di pecahkan dan daily price close dibawah paras ini, ada kemungkinan price akan turun ke next support di area 1.1015. Next strong support terletak pada area 1.0860.

Jika price tidak berjaya break 1.1100, bullish trend untuk pair ini akan resume semula dan akan kembali mencabar area 1.1250/80.

Sebagai langkah extra careful, saya akan memantau USD Index untuk melihat situasi semasa USD; melemah atau menguat.

Shufaad

<<Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade EURUSD di FXPrimus>>

 

Analisis Teknikal: EURNZD – 3 Mei 2017

Salam.

Dengan mencatatkan higher low dan higher high, pair EURNZD kini berada di dalam bullish trend. Dengan price semasa yang berjaya close di bawah paras support 1.5760, saya menjangkakan akan berlaku pullback.

Paras support terdekat di dalam time frame daily terletak pada 1.5480. Ini memerlukan pergerakan harga sebesar lebih dari 270 pip. Oleh kerana ianya berada di dalam bullish trend, kemungkinan juga price tidak akan sampai ke paras support tersebut. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan mencari paras support di intraday chart; H4 dan H1. Buy limit order boleh di letakkan pada paras suppor tersebut.

Jika pair ini meneruskan kenaikan nya, paras resistance terdekat terletak pada harga high 1.5940. Selepas itu, major resistance terletak pada paras 1.6110.

Saya bias bullish untuk pair ini.

–Untuk kelas Personal Coaching, sila hubungi saya di nomor 012-9965946.

TQVM

Shufaad

The Authentic Trader

Analisis Teknikal 29 Dec 2016: Oil kelihatan kukuh

Salam.

oil-29-dec-2016

Secara teknikalnya;

  1. Harga oil telah berjaya melepasi paras resistance yang merupakan satu paras resistance yang kuat bagi oil. Anda boleh bagaimana terdapat tidak kurang dari 4 percubaan untuk memecahkan paras ini tetapi end up gagal.
  2. Harga oil juga di lihat berada di atas 100 dan 200 MA, yang mana menunjukkan ianya berada di dalam trend bullish.
  3. Resistance terhampir dengan harga oil sekarang ialah $54.50; yang mana saya rasakan tidak sukar untuk di pecahkan.
  4. Target untuk oil adalah untuk menghampiri area $61, yang mana merupakan satu area resistance yang kuat bagi bulan Mei dan Jun 2015.

Satu berita baik yang di terima oleh Oil ialah persetujuan negara-negara pengeluar minyak di dalam OPEC dan Rusia (luar OPEC) untuk menghadkan pengeluaran minyak masing-masing. Walaupun ianya akan berkuatkuasa tahun hadapan, tetapi tanda positif kenaikan ini telah mula dirasakan sekarang.

Kesimpulannya, saya bullish untuk oil memasuki 2017.

Analisis Teknikal – GBPUSD 10 Nov 2016

Salam.

gbpusd-daily-10-nov-2016

Secara teknikalnya, saya melihat pair ini mampu meningkat lebih tinggi sekiranya paras resistance 1.2560 berjaya di pecahkan (breakout). Jika ianya berlaku, maka resistance seterusnya terletak pada paras 1.2727 (fibo 50%) dan seterusnya pada paras fibo 61.% (1.2896) atau 1.2900 (round number).

MACD sebagai petunjuk momentum sudah menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin naik lebih tinggi. Selain dari itu, terdapat bullish divergence signal yang telah di tunjukkan oleh MACD sekitar pertengahan bulan Oktober.

Namun begitu, sekiranya paras resistance 1.2560 tidak berjaya di pecahkan dan dollar menjadi semakin kuat, maka support 1.2345/50 adalah paras yang perlu di pecahkan.

Secara keselruhan, saya bias bullish kepada pair ini.