Analisis Teknikal: USDJPY – 30 Mei 2017

Salam.

Kelihatan trend bearish di pair ini masih lagi berterusan, di tambah lagi dengan kegagalan price untuk stay di atas garisan trendlne setelah ianya di pecahkan pada 8 mei yang lepas. Satu long black candle telah terhasil pada 17 Mei dan akhirnya membawa price kembali di bawah paras trendline.

Near support terletak pada 110.22; anda boleh lihat di terdapat beberapa bounce dari paras tersebut sebelum ini. Jika ianya berjaya di pecahkan, saya melihat gap di area 109.40/60 mampu di close. Ultimate target untuk price sekiranya bearish trend ini berterusan terletak pada area 108.12/40; kali terakhir harga singgah di area tersebut ialah pada 17 April 2017.

Namun, sekiranya USD berjaya menjumpai rentaknya, ianya perlu berhadapan dengan area resistance 111.80/112.10. Jika anda perhatikan, paras resistance ini merupakan satu paras yang kuat kerana ianya pernah menjadi paras support sebelum ini dan sekarang bertukar fungsi menjadi paras resistance; buat kali kedua.

Saya bias bearish untuk pair ini.

Shufaad.

Analisis Teknikal: USDJPY – 5 Mei 2017

Salam.

Secara teknikal nya, kita telah melihat bagaimana USD menguat berbanding Yen untuk tempoh 3 minggu ini. Walaubagaimanapun, jika di ambil kira trend dari awal tahun 2017, USDJPY ini masih lagi berada di dalam trend menurun (bearish). Klasikal lower highs dan lower lows kelihatan dengan jelas pada chart di atas.

Resistance terdekat terletak pada paras psycho 113.00. Selain itu, garisan trendline yang saya lukiskan itu juga boleh bertindak sebagai paras resistance. Jika price berjaya break kedua-dua resistance ini, maka ini akan membuka jalan ke paras resistance seterusnya iaitu di 115.10.

Jika sebaliknya berlaku dan trend menurun ini resume, maka next support terletak pada 111.70. Jika ianya berjaya di pecahkan, next support target terletak pada 110.10 dan seterusnya ialah 108.10.

NFP next. Begitu juga dengan French election 2 nd round. Saya akan memilih untuk berehat dahulu dan monitor sebarang movement dari kedua-dua currency ini; bagaimana mereka akan meng absorb impact dari kedua-dua news tersebut.

TQVM

Shufaad

<<klik sini: http://bit.ly/SayaTrader untuk membuka real akaun dan mendapatkan SOTG secara FREE>>

Analisis Teknikal: XAUUSD 21 Nov 2016

Salam.

gold-h4-21-nov-2016Secara teknikal nya;

  1. Terdapat bullish divergence signal di time frame H4.
  2. Resistance terhampir ialah di 1230 dan 1250.
  3. Penggerak utama kepada kenaikan harga ini ialah USD Index yang mungkin akan melakukan retracement.
  4. Oleh kerana kenaikan ini di intraday chart, maka saya melihat ianya bersifat sementara (near term).
  5. Peluang untuk sell wujud di area 1250 dengan gold di jangka kembali menguji paras $1200.
  6. Tumpuan trader/investor sekarang terarah kepada Fed/Yellen ; FOMC meeting yang akan berlangsung pada 15 Disember.
  7. Selain dari market ini, saya akan mengambil berat tentang USD Index, pasaran ekutiti (S&P dan Dow) dan juga US Bond.

TQVM