Analisis Teknikal: GBPJPY – 21 Feb 2017

Salam.

GJ atau the beast atau di kenali juga sebagai the dragon merupakan satu pair yang sangat volatile. Saya tidak menggalakkan newbie untuk trade pair ini Kalau baru nak belajar trading, better stick dengan major pairs sahaja. Yg ni kita tinggalkan pada orang lama.

Berdasarkan kepada chart daily pair ini, ianya sedang berada di dalam satu bullish pennant pattern yang sedang menghampiri titik apex nya. Dan jika prior trend di ambil kira, maka ada kemungkinan pair ini akan break to the upside.

Target profit boleh menggunkan saiz flag pennant ini tetapi saya suka melihat kepada paras resistance terhampir untuk di jadikan target. Resistance 1 terletak pada paras 142.75, resistance 2 pada paras 144.50 manakala resistance 3 terletak pada 148.30.

Lebih menarik lagi, RSI juga mencatatkan lower highs dan higher lows- menyerupai pattern pennant seperti price.

Kesimpulannya, saya expect price akan meningkat dan pair ini akan membuat satu bullish breakout.