EURAUD 10 April 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair EURAUD sangat berpotensi untuk menghasilkan satu head and shoulder pattern sekiranya price berjaya break dan close di bawah garisan neckline.
  2. Jika ini berlaku, price projection untuk pair ini akan membawa price ke area 1.5620; yang mana ia juga akan bertembung dengan garisan major trendline.
  3. Untuk bearish trend tersebut bersambung, maka price perlu lah break dan close di bawah trend line. Jika tidak, kesempatan ini akan di gunakan oleh buyer untuk kembali menguasai market.
  4. Namun, jika price gagal untuk break dan close di bawah neckline, ada kemungkinan juga buyer akan kembali. Next resistance terletak pada right shoulder di area 1.6060.
  5. Jika resistance ini berjaya di pecahkan, maka tidak mustahil price boleh melonjak sehingga ke area head iaitu di area harga 1.6190. Sekiranya ini berlaku, maka tidak ada harapan lah untuk kita melihat pattern head and shoulder ini terbentuk.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: XAUUSD – 22 Ogos 2017

Salam.

Pada hari Jumaat yang lepas, kita dapat melihat satu shooting star pattern terbentuk di resistance area 1296. Ini merupakan kali ke 2 area ini di lawati setelah kali pertama berlaku pada 6 dan 7 Jun 2017. Dengan long upper shadow nya, ia memberi gambaran adanya seller di area tersebut.

Semalam pula, harga emas meningkat sedikit tetapi masih lagi belum mampu memecahkan resistance area tersebut.

Plan saya, jika saya melihat pattern bearish reversal daripada pergerakan candle hari ini, most likelya saya akan short gold esok. Ye, saya melihat kepada daily chart so mungkin saya akan berhadapan dengan risk yang agak besar.

Satu lagi, di sebabkan adanya event Jackson Hole hujung minggu ini, saya perlu lebih berhati-hati kerana kebarangkalian price akan membuat gap. Jika saya sudah berada di dalam profit, most likely saya akan close 1/3 dari position dan akan membuat break even sebelum market close.

Kesimpulannya, kita mempunyai peluang untuk short gold tetapi terdedah kepada risiko event hujung minggu ni yang mungkin akan kembali favour kepada gold.