Spot Gold: Price confirmation di perlukan untuk bull kembali

Salam traders.

gold daily 7 julai 2015

Kesan dari ‘No’ vote dari Greece masih belum mampu untuk menolak harga emas kembali. Tetapi ada satu lagi peristiwa yang perlu kita perhatikan. Dan ianya bukan berlaku di Europe.

China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dan pengguna emas terbesar dunia sedang mengalami masalah dengan stock market nya. Di dalam tempoh 3 minggu, indeks utamanya telah jatuh sebanyak 30%. Ini merupakan sesuatu yang membimbangkan bagi kerajaan China dan pemain industri di sana.

Kebimbangan ini mungkin boleh di terjemahkan kepada pembelian safe haven atau panic buying dari investor dan traders. Jual saham, dapat cash, kemudian shopping emas. Kemungkinan ianya boleh terjadi.

Secara teknikalnya, emas masih lagi berada di dalam trend menurun. Namun sekarang ianya sudah hampir dengan satu support zone di paras $1162.88 dan $1157. Jika zone ini berjaya di pecahkan, maka next support level akan terletak di paras $1142.59.

Untuk bullish kembali menguasai pasaran dan mengesahkan kehadiran bargain hunter, price hendaklah break satu minor trendline dan seterusnya break dan close di atas paras resistance $1175. Resistance seterusnya terletak pada paras $1188.10.

Walaupun MACD masih lagi bearish, tetapi saya mengesan kemungkinan berlakunya Elder’s Bullish Divergence. Masih terlalu awal, tetapi tanda-tanda itu sudah pun wujud. So traders, get ready k!

Happy pipping!