Analisis Teknikal: EURGBP – 24 April 2017

Salam.

Selain dari GBPUSD, ini adalah pair yang akan terkesan secara langsung dengan Brexit kerana ianya melibatkan both Euro dan GBP. Oleh yang demikian, jika anda memang pengikut Brexit sejati, ini adalah pair yang harus anda trade.

Hasil dari French election pagi tadi, pair ini melonjak ke paras tertinggi 0.8505 dan seterusnya menghasilkan gap di area 0.8376 – 0.8477. Paras resistance terdekat terletak pada 0.8580 manakala support terdekat pula terletak pada 0.8420 ; ianya berada di tengah-tengah gap.

based on current trend, saya masih lagi bearish untuk pair ini. Kenaikan ini di lihat bersifat sementara dan saya akan mengambil peluang untuk sell area resistance 0.8580. Strong support area terletak pada paras 0.8300/30. Jika ianya berjaya di pecahkan maka satu massive head and shoulder pattern akan terbentuk dengan support terdekat terletak pada 0.8100 dan mungkin boleh turun ke paras terendah 0.7600.

Namum saya mungkin salah. pair ini mungkin boleh meningkat lebih tinggi sehingga melepas resistance 0.8505. Jika ini berlaku, next resistance terletak pada 0.8640 dan seterusnya di area 0.8700.

All in all, saya masih lagi mengekalkan bearish bias untuk pair ini.

Thanks.

Shufaad

The Authentic Trader

Buka real akaun di sini: http://bit.ly/SayaTrader