US Stock: Nak jadi owner Apple?

Salam trader.

apple chart

Tahukah anda. Jika anda membeli share syarikat Apple bulan Mei tahun lepas (2014) harganya hanya serendah $82.9. Kini setelah setahun, harga share syarikat telah melonjak ke paras tertinggi $134.54 atau kenaikan lebih dari 60% dari harga bulan Mei tahun lepas. Yup, dan anda juga sebenarnya boleh membeli hanya 1 share sahaja.

Ok, saya owner Apple. Berapa share? 1 unit. Keh keh.

Secara teknikalnya, harga share syarikat ini telah pun mengalami sedikit retracement dari paras tertinggi nya tetapi pada hari Jumaat yang lepas, harganya telah melonjak kembali. Saya melihat adanya satu bullish reversal pattern yang di kenali sebagai Long Dawn Line di time frame Daily dan pada masa yang sama ianya masih lagi berada di dalam trend menaik.

Untuk chart ini, saya menggunakan Fibonacci retracement untuk mencari paras support dan resistance yang berkaitan. Bagi syarikat seperti Apple, saya tidak menjangkakan yang ianya akan mengalami retracement yang terlampau banyak. Ini berdasarkan kepada trend permintaan semasa dan rangkaian produk Apple yang inovatif seperti iPhone 6 dan Apple Watch. Oleh yang demikian, saya melihat paras support di fibo 23.6% ($122.35) merupakan satu paras support yang kuat kerana selain dari paras fibo, ianya juga merupakan salah satu paras low (higher low) yang perlu di kekalkan oleh chart ini untuk melayakkan berada di dalam trend menaik.

Berdasarkan kepada strategi MTF, di time frame H1, saya melihat RSI sudah overbought. Oleh itu, saya akan menunggu sehingga RSI kembali ke paras oversold dan keluar ke zone neutral dan pada masa yang sama, memerhatikan paras support di fibo 23.6%.

Happy pipping!